Lawatan Sumber Pendidikan Ke Sekolah-Sekolah Daerah Temburong bagi Program Sudut Inspirasiku
Readhaton bagi Bandarku Ceria
Tarikh: 14/10/18
Tempat: Bandar Seri Begawan
Lawatan Sumber Pendidikan Ke Sekolah-Sekolah Daerah Belait bagi Program Sudut Inspirasiku
Tarikh: 13/8/18
Tempat: Maktab Anthony Abell (Belait)
Tarikh: 28/8/18
Sesi Sosialisasi Unit Pemantauan Perpustakaan Sekolah (UPPSe) Jabatan Sekolah-Sekolah dengan Unit Perpustakaan dan Sumber Pendidikan (UPS) Jabatan Perkembangan Kurikulum Kepada Pemimpin-Pemimpin sekolah dan Pustakawan Sekolah bagi Sekolah-Sekolah Rendah, Menengah, Maktab-Maktab Senegara
Tarikh: 16/1/18
Tempat: Sekolah Menengah Sufri Bolkiah
Jam: 2 Petang
Tarikh: 17/1/18
Tempat: Dewan Jabatan Perkembangan Kurikulum
Jam: 2 Petang
Tarikh: 18/1/18
Tempat: Dewan Jabatan Perkembangan Kurikulum
Jam: 2 Petang
Sesi Taklimat dan Kongsisama Bagi Bahan Penerbitan dan Tatacara Pembelian
Tarikh: 9 November 2017
Hari: Khamis
Jam: 8 Pagi
Tempat: Multi Media Theater Hall, Pusat Tingkatan Enam, Sengkurong
Majlis Pelancaran Buku Inspirasiku dan Penandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Mufti Kerajaan
Tarikh: 30 Ogos 2017 (Rabu)
Masa: 2 Petang
Tempat: Dewan Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI)
Program 'Inspirasi Ku'
Dalam Kurikulum kebangsaan bagi Pelajar-pelajar Sekolah Rendah dan Menengah
Hari: Isnin
Tarikh: 19.12.2016
Tempat: Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan
----------------------------------------------------------------------------------
Lawatan Menteri Pendidikan Ke Perpustakaan dan Sumber Pendidikan Jabatan Perkembangan Kurikulum
Tarikh: 5 Julai 2016
Hari: Selasa
Jam: 11.30 pagi
Syawal 1436H
Bermain mercun sambil
menari,
Di dalam gelap menangkap
ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap
maafkan.
Maaf Zahir & Batin
KAD AHLI PERPUSTAKAAN
Bagi mendapatkan borang ahli perpustakaan sila ambil dan dikembalikan di Bangunan Lama, Blok A Tingkat 2 Unit Perpustakaan dan Sumber Pendidikan, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus melalui talian 2384277.
PROSES PENGHAPUSAN BUKU-BUKU LAMA
Bulan Disember 2014
PERTANDINGAN KALIGRAFI 2014
Pertandingan berlangsung pada 17 April 2014 di Blok A Tingkat 2 Unit Perpustakaan dan Sumber Pendidikan, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.
KHAMIS, 1 MEI 2014 - CENTRE POINT GADONG
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Dimuliakan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka
Dua murid daripada Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri
Begawan telah terpilih ke peringkat akhir pertandingan mendeklamasi sajak
patriotik iaitu Nur Mazrina bte Abd Mahmod dari Tahun 5 Fiddhi yang memperolehi
tempat ke empat bagi kategori menulis kaligrafi dan saguhati bagi kategori
mendeklamasi sajak.
Manakala Kamaliah bte Zaini dari Tahun 6 Azraq mendapat
tempat ke lima bagi kategori menulis kaligrafi dan Johan bagi kategori
mendeklamasi sajak. Seri Setia Dr Ustaz Haji Awg Yahya bin Hj Ibrahim, Ketua
Hakim Syarie Brunei yang juga menyampaikan hadiah kepada
pemenang-pemenang.
BENGKEL PENERBITAN RADIO SEKOLAH BAGI SEKOLAH - SEKOLAH RENDAH DAERAH BELAIT 2014
TEMPAT:
Sekolah Rendah Sg. Liang
Sekolah Rendah Sg. Liang
PADA:
29, 30 Syawal, 1, 2 Zulkaedah 1435 Hijrah
25, 26, 27 dan 28 Ogos 2014 Masihi
LAWATAN UPS KE PERPUSTAKAAN SEKOLAH-SEKOLAH
S.R Bendahara Lama |
TUTONG
S.R Rambai |
S.R Rambai |
S.R DPS Ukong |
S.R Benutan |
S.R Benutan |
S.R DPS Ukong BELAIT
|
MAJLIS PELANCARAN RADIO SEKOLAH RENDAH KASAT RANGKAIAN CERIA FM
PADA 6 JULAI 2013
Hari: Sabtu
Tarikh: 6 Julai 2013M/ 27 Syaaban 1434H
Jam: 10 Pagi
Bertempat: Di Dewan SR Kasat, Brunei IV
BENGKEL RADIO SEKOLAH DI SEKOLAH RENDAH DIPA NEGARA PG JAYA SENGKARAI TUTONG I BERMULA PADA 26, 27 DAN 29 JUN 2013
Pada 26 Jun 2013 Unit Perpustakaan dan Sumber Pendidikan kali keduanya pada tahun ini telah mengadakan bengkel radio sekolah di Sekolah Rendah Dipa Negara Pg Jaya Sengkarai . Seramai 40 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut.
Hari Pertama
BENGKEL RADIO SEKOLAH DI SEKOLAH RENDAH KASAT
BERMULA PADA 22 MEI - 25 MEI 2013
Pada 22 Mei 2013 Unit Perpustakaan dan Sumber Pendidikan telah mengadakan bengkel radio sekolah di Sekolah Rendah Kasat. Seramai 16 orang guru telah menghadiri bengkel tersebut termasuk Guru Besar.
Bengkel bertujuan:
1. Memberi pengetahuan secara teori dan praktikal konsep penerbitan radio sekolah.
2. Meningkatkan kefahaman dan cara perlaksanaan radio sekolah.
3. Sebagai salah satu program perkembangan staff Sekolah Rendah Kasat.
Di hari penutup guru-guru telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan mereka telah membuat persembahan secara praktikal segmen-segmen dalam penerbitan radio sekolah dengan jaya nya.
Bengkel tersebut juga dihadiri oleh Pemangku Penolong Pengarah Cikgu Yusof bin Hj Jamuddin.
Kumpulan 1 |
Kumpulan 2 |
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERPUSTAKAAN DAN SUMBER PENDIDIKAN JABATAN PERKEMBANGAN KURIKULUM PELAJAR-PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH SAYIDINA UMAR AL-KHATAB
MUKIM LUMAPAS PADA 29 APRIL 2013
Seramai 16 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khatab, Mukim Lumapas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan dan Sumber Pendidikan Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan. Rombongan ini disertai oleh 2 orang guru iaitu Cikgu Hajah Nuraqilah binti Hj Mohd Hashri dan Cikgu Siti khadizah.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar-pelajar kepada perkhidmatan-perkhidmatan dan bahan-bahan pembelajaran yang disediakan , sistem pengurusan dan juga mendengar taklimat mengenai Perpustakaan dan Sumber Pendidikan, Jabatan Perkembangan Kurikulum.
Semasa lawatan pelajar-pelajar ini diberi taklimat mengenai fungsi dan koleksi Perpustakaan dan Sumber Pendidikan oleh Dyg Juhaidah Haji Sulaiman, Penolong Pegawai Perpustakaan Tkt II, Unit Perpustakaan dan Sumber Pendidikan.
Disamping mengadakan lawatan pelajar-pelajar di beri aktiviti permainan ‘Blocked Games’ yang di kendalikan oleh Awg Suhaili Hj Mohd Yusof dari unit ICT Jabatan Perkembangan Kurikulum. Setiap pelajar telah diberi cenderamata berupa ‘pen drive’ setelah berjaya menyelesaikan beberapa cabaran permainan ‘Blocked Games’.
Di akhir lawatan, Cikgu Hajah Nuraqilah binti Hj Mohd Hashri telah menyampaikan cenderamata kepada Cikgu Md Husin Haji Hamidon Pegawai Sumber Unit Perpustakaan dan Sumber Pendidikan dan seterus bergambar ramai.