Library 12

Program ‘Library 12’ 2017






MiSC













 Magic Show (OGDC)






Frosting for Cupcakes











Props for Photobooth









Program ‘Library 12’ 2016



Hari Pertama (5/12/2016) bagi Program "library 12"


Kumpulan Putra Seni



Jabatan Muzium



Isaac Spade Clothesline



Ell Kaligrafi












Hari Kedua (6/12/2016) bagi Program "library 12"















Penghargaan dan Sijil






Mesyuarat ahli-ahli UPS bersama Jabatan Muzium Brunei dan kumpulan-kumpulan yang dijemput bagi program 

"Library 12"

Tarikh: 8 November 2016










Program ‘Library 12’


Aktiviti Musim Cuti Persekolahan Penggal Ketiga

Unit Perpustakaan dan Sumber Pendidikan

Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan

05 Disember 2016 – 06 Disember 2016



1. PENGENALAN 

‘Library 12’ merupakan program baru yang dianjurkan oleh Unit Perpustakaan dan Sumber Pendidikan bagi musim cuti persekolahan pada bulan Disember 2016 ini. Dinamakan ‘Library 12’ berikutan dengan aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh unit ini diadakan pada musim cuti persekolahan penggal ketiga, bulan Disember (12) dan aktiviti-aktiviti ini hanya tertumpu di Perpustakaan Sumber Pendidikan (Library), Blok A, Tingkat 2, Kementerian Pendidikan.

Aktiviti ini adalah susulan daripada Program Mari Bedudun Perpustakaan dan Sumber Pendidikan Jabatan Perkembangan Kurikulum musim cuti persekolahan, yang telah diadakan pada bulan Disember 2011, 2012, 2013 dan 2014. Pada tahun lepas, 2015, aktiviti tersebut ditiadakan atas sebab perkara yang tidak dapat dielakkan, dan Alhamdulillah pada tahun ini, ‘Library 12’ akan dikendalikan oleh Unit Perpustakaan dan Sumber Pendidikan, Jabatan Perkembangan Kurikulum. Walaubagaimana pun, aktiviti tersebut diadakan dalam skala sederhana sahaja dan penyertaannya terdiri daripada anak-anak warga Jabatan Perkembangan Kurikulum sahaja.

Adalah diharapkan aktiviti ini akan dapat memberikan peluang kepada anak-anak dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat di musim cuti persekolahan ini. Disamping itu juga dapat memberikan peluang bagi anak-anak tenaga kerja Jabatan Perkembangan Kurikulum, beriadah, bagi yang tidak berkesempatan untuk bercuti semasa cuti persekolahan di bulan Disember nanti.


2. MATLAMAT 

1. Menjana budaya membaca di musim cuti persekolahan dengan mengunjungi perpustakaan.

2. Memperkenalkan dunia buku melalui visual dan seterusnya merangsang untuk lebih teruja membaca buku bertepatan dengan fokus utama Kementerian Pendidikan dalam memantapkan Literasi dan Numerasi.

3. Sebagai satu pendedahan kepada budaya suka membaca.


3. OBJEKTIF 

Di akhir perlaksanaan aktiviti ini diharapkan akan dapat :

1. Memeriahkan lagi kunjungan ke Perpustakaan dan Sumber Pendidikan Jabatan Perkembangan Kurikulum, bukan hanya dikalangan anak-anak warga Jabatan Perkembangan Kurikulum sebagai wakil pelajar, tetapi pihak awam juga;

2. Membantu dan membimbing individu-individu yang berminat dalam menjalankan aktiviti perpustakaan; dan

3. Memantapkan kerjasama kerja kumpulan dikalangan pegawai Unit Perpustakaan Sumber Pendidikan.

4. Mengetahui kesesuaian bahan dan aktiviti, dan seterusnya mengemaskini dan mengubahsuai bahan-bahan yang telah dihasilkan agar lebih berkesan penggunaannya.

5. Membentuk satu budaya gemar membaca dikalangan pelajar-pelajar.

4. SASARAN 

Anak-anak warga Jabatan Perkembangan Kurikulum (umur 5 - 12 tahun) dan tenaga kerja Jabatan Perkembangan Kurikulum.

5. TARIKH 

Hari Isnin 05 Disember 2016 hingga Selasa 06 Disember 2016. Aktiviti akan dijalankan selama 2 hari sahaja.

6. MASA 

Semua aktiviti akan dikendalikan disebelah pagi sahaja, iaitu jam 08.15 pagi hingga 12.00 tengah hari.

7. TEMPAT 

Perpustakaan, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Bangunan Lama, Kementerian Pendidikan.


8. SUMBER TENAGA PEGENDALI AKTIVITI 

Semua pegawai-pegawai Unit Perpustakaan dan Sumber Pendidikan dengan kerjasama pegawai-pegawai dari unit-unit lain di Jabatan Perkembangan Kurikulum.


9. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIKENDALIKAN 

1. Persembahan teater daripada Rumah Pusaka, Kumpulan Putra Seni.

2. Tunjukcara Khat Diwani daripada Ell Kaligrafi.

3. Tunjukcara membuat nama pada baju dan beg daripada Isaac Spade Clothesline.

4. Tunjukcara permainan tradisi ‘Simban’ dan ‘Congkak’.

5. Kuiz.